Telegram Group Search
Masih teringatkan Sesi Meet & Greet Teme Abdullah?

Lihat gambar kenangan sepanjang PBAKL, suasana Meet & Greet Teme dan refleksi PBAKL daripada pengasas IMAN, Dr Aisyah Zainordin, di sini:

👉🏻 https://blog.imanshoppe.com/meet-and-greet-teme-di-pbakl-2024/
Buku baru-baru PBAKL dah ready untuk hantar ke kedai-kedai buku seluruh Malaysia. Nanti boleh dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran kalian ya
In the hustle and bustle of daily life, it’s easy to lose sight of the deeper meanings and values that can bring us peace and purpose. 

Here are seven essential Islamic concepts that you can apply to your life to cultivate a stronger sense of faith, gratitude, and mindfulness

Read full article here: https://blog.imanshoppe.com/7-islamic-principles-for-enhancing-your-daily-life/
[MAKLUMAN CUTI OPERASI HQ IMAN SEMPENA HARI RAYA AIDILADHA]

Assalamualaikum, semua yang dikasihi. Jumuah Mubarakah!

Untuk makluman semua, HQ IMAN akan bercuti pada minggu hadapan hari Isnin, 17 Jun 2024 sempena Hari Raya Aidiladha.

Segala pertanyaan, aduan dan tempahan akan diuruskan dan diproses pada hari berikutnya, Selasa 18 Jun 2024.

Sebarang pertanyaan, kalian boleh hubungi Unit Khidmat Pelanggan IMAN semasa waktu bekerja melalui link Telegram: https://www.tg-me.com/imanshoppebookstore

Selamat bercuti dan jaga diri 😍
Buku-buku IMAN dari bulan Januari sehingga PBAKL dah selesai😍

Dah bersedia untuk buku baru IMAN akan datang ini? Dan ada yang boleh teka apakah genre yang akan diterbitkan untuk bulan depan?😎
Forwarded from Borak Buku 'Self Help' IMAN (Admin IMAN)
Salam Hari Arafah sahabat-sahabat dalam ni.

Sama-sama kita merebut fadhilat berdoa di hari ini ya. 🥰
Apakah makna pengorbanan Aidil Adha bagi kita?

Hari Raya Aidiladha merupakan hari untuk umat Islam mengambil iktibar disebalik kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah serta kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT.

Semoga Hari Raya Aidiladha yang disambut pada tahun ini dapat memberikan manfaat kebaikan yang lebih baik, terutamanya dalam aspek memelihara hubungan kekeluargaan seperti yang dianjurkan oleh Islam

Selamat Hari Raya Aidil Adha
dari IMAN 🌹
Forwarded from Borak Buku 'Self Help' IMAN (Admin IMAN)
Review dari Ustaz Dzulkhairi tentang buku 'Mendewasa dengan Luka' tulisan Aiman Amri

Baca penuh di sini : https://www.facebook.com/share/p/pQkhZ4Qb6cM4pMfc/?mibextid=qi2Omg
https://www.ddinstagram.com/p/C8WSY26ySBo/?igsh=MjF6cmFoZWJkemto

Buku yang menang di hati saya untuk tahun 2024.

-

MashaAllah. Teruja kak Iman membaca review daripada salah seorang pembaca 'Blessing in The Little Things' by Roedah Mansour
Seluruh hidup kita berkisar tentang pengorbanan....

Sekiranya disebut tentang Aidil Adha, pasti kita didengarkan kisah-kisah pengorbanan daripada nabi terdahulu.

Nabi Ibrahim, mengorbankan diri ketika dihumban ke dalam api.

Nabi Ismail, mengorbankan diri untuk disembelih, atas perintah Tuhan.

Nabi Muhammad, mengorbankan diri demi supaya menganuti Islam dipermudahkan buat ummatnya.


Mengenangkan manusia-manusia hebat ini, kadang membuatkan kita rasa jauh dengan 'erti pengorbanan.'

Kita terfikir,

"Apalah sangat yang kita korbankan dibanding dengan manusia-manusia hebat ini?"

Menjadikan kita lupa akan pengorbanan besar yang kita perjuangkan setiap hari:

Iaitu, pengorbanan untuk menjadi seorang Muslim.

Sempena Aidil Adha tahun ini, ayuh kita ingat kembali, pengorbanan dan perjuangan kita untuk menjadi seorang Muslim.

Apa ertinya menjadi seorang Muslim?
Menjadi Muslim bererti mentaati perintah Allah
Iaitu apabila kita melakukan apa yang disuruh, dan tinggalkan apa yang dilarang.

Menjadi Muslim bererti, 'untuk menyerah diri dengan tenangnya.'
Bermakna, bila Allah menyuruh kita berbuat sesuatu, kita tidak rasa rimas.

Sebaliknya, kita rasa tenang dan merelakan diri untuk menyerah kepada Tuhan.

Kata-kata ini yang sepatutnya berlegar dalam hati kita:

"Jika itu yang Allah suruh, bermakna itulah yang terbaik untukku."

"Aku berpuas hati dan merasa sejahtera dengan apa yang Allah perintahkan."

Jadi di bulan Zulhijjah ini, ayuhlah kita berusaha ke arah menjadi seorang Muslim yang lebih sedar akan perjuangannya.

Supaya apa saja yang kita lakukan di atas muka bumi ini, kita selalu bergantung kepada Allah -- tempat pergantungan yang paling kuat.

Tak ada lagi yang kita perlu risaukan.

Dan bila kita sungguh-sungguh berusaha menjadi seorang Muslim yang sedar, yang sentiasa mendahulukan Tuhan dalam setiap urusannya,

Segala yang kita perlu hadapi di atas muka bumi ini akan dipermudahkan.

Ada sebab kenapa kita yang dipilih untuk menjadi seorang Muslim di era ini,
Ada sebab kita dipilih Tuhan untuk berada di jalan ini.

Semoga Allah tidak pernah membiarkan kita hilang harapan kepada Allah.

Dan semoga segala pengorbanan dan kesusahan yang kita alami di dunia ini menjadi mudah untuk kita.

Apa erti pengorbanan buat kalian?
(Jemput kongsikan dengan Kak Iman)
Kak Iman tengah baca novel Rumah Tak Mesti Bahagia. Awak tengah baca buku apa tu hari ni?
2024/06/24 10:40:13
Back to Top
HTML Embed Code: